Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Tawan Pahang, PAS mahu tutup kasino Genting Highland

today15 September 2024

Background


PAS Pahang berhasrat menutup premis judi termasuk kasino di Genting Highland jika menguasai kerajaan Pahang, pada PRU akan datang. (Gambar fail)

TEMERLOH: PAS komited mahu menutup premis judi termasuk kasino di Genting Highland sekiranya parti itu menawan Pahang pada PRU16.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang Andansura Rabu, berkata perkara itu perlu merujuk kepada lunas undang-undang dan bidang kuasa kerajaan negeri.

“Dalam aspek itu kita perlu melihat kepada lunas undang-undang, kalau kita ada kuasa di peringkat negeri, kalau kita boleh buat, kita akan buat.

“Contohnya (kasino) di Genting Highland kemungkinan kuasa itu tidak mutlak kepada kita, perlu persekutuan sekali, maka itu mungkin kita tak boleh buat,” katanya pada sidang media sempena Muktamar PAS ke-70 di Kompleks Al-Makmur.

Andansura yang juga Adun Beserah berkata demikian ketika ditanya berhubung perkara itu bagi mengikuti langkah kerajaan PAS di Kelantan, Terengganu, dan Kedah.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Mohamad Fadli


Previous post