“Memahami kesukaran dihadapi majikan dalam mengekalkan pekerja disebabkan oleh kekurangan pengiktirafan dan penghargaan serta faedah syarikat yang mampu ditawarkan, HOPE hadir untuk membantu.”
“Ia mampu membantu majikan di Malaysia memperkasakan pekerja mereka untuk memiliki rumah idaman masing-masing. Majikan boleh menggunakan program ini untuk mendorong dan memberi ganjaran kepada pekerja mereka yang layak,” kata Pengarah Urusan Kumpulan HOMEVEST, Datuk KY Lim.
Difahamkan faedah program ini setara dengan faedah syarikat yang tersenarai dalam Fortune 500, yang akhirnya mewujudkan suasana pekerjaan yang positif serta bermanfaat.
“Kami amat berbesar hati kerana HOPE telah diiktiraf oleh pihak yang penting dan relevan dalam industri sebagai sebuah penyelesaian faedah pekerja yang inovatif di Malaysia.”
“Dasar dan visi kami ialah untuk membentuk komuniti ‘smart living’ dengan hubungan yang erat,” kata KY Lim yang baru-baru ini telah dianugerahkan sebagai Top 10 Finalis…