Hot FM

Tawar ‘Trip Nikah di Thailand’, agensi boleh kena tindakan, kata menteri


kahwin
Menteri Agama Mohd Na’im Mokhtar menasihatkan orang ramai tidak terpengaruh promosi atau pakej pernikahan disediakan agensi pelancongan didakwa berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat.

KUALA LUMPUR: Agensi menawarkan pakej “Trip Nikah di Thailand” boleh dikenakan tindakan di bawah Enakmen Undang-undang Keluarga Islam, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Mohd Na’im Mokhtar.

Ini kerana, katanya, ia bertentangan peraturan dan peruntukan undang-undang negara ini.

“Dalam perkahwinan itu, katakanlah mereka kahwin di Thailand, cukup syarat nikah dia, rukun dia, wali ada dan saksi pun ada, perkahwinan itu sah daripada sudut hukum.

“Tetapi ia bertentangan peraturan dan undang-undang negara kita. Sebab itu, kita nak lahirkan umat Islam yang bukan saja patuh kepada hukum, pada masa sama rakyat yang mematuhi peraturan dan undang-undang,” katanya selepas merasmikan majlis penyampaian Biasiswa Al-Falah Madani di bawah produk “myWaqafPTPTN” anjuran YWM…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version