Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Tawar Wang Cecah RM20,000! Lelaki Gatal Ajak Mona Allen Video Call

today13 December 2024

Background

Pelakon, Mona Allen mendedahkan dia diganggu oleh seorang lelaki miang.

Menerusi hantaran di Instagram, isteri kepada aktor Pekin Ibrahim itu memuat naik dua tangkapan skrin memaparkan intipati mesej individu miang tersebut.

Individu gatal itu menawarkan Mona wang berjumlah RM4,000 untuk menemaninya membuat panggilan video.

Bagaimanapun, Mona menolak meskipun lelaki menawarkan wang mencecah RM20,000.

“Laki (suami) siapa ni? Korang periksa tengok mana tau kenal. Video ** pun ada. Hmm,” tulisnya.

Written by: Aqilah


Previous post