Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

‘Tayang’ kertas undi, polis akan panggil Sanusi

today15 August 2023

Background


Sanusi Nor sebelum ini berkata beliau tiada niat menunjukkan kertas undi kepada wartawan sebelum mengundi. (Gambar Facebook)

KUALA LUMPUR: Polis akan memanggil Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi untuk dirakam keterangan kerana mempamer kertas undi ketika mengundi pada PRN Sabtu lalu, kata Ketua Polis Negara Razarudin Husain.

Razarudin berkata Sanusi akan dipanggil dalam masa terdekat dan beliau turut menegaskan siasatan terhadap Adun Jeneri itu akan dilakukan secara adil.

“Kita siasat apabila laporan dibuat dan beri peluang untuk pegawai polis melaksanakan siasatan terdahulu.

“Kami akan berlaku adil dan hasil siasatan akan dikemukakan kepada Pejabat Peguam Negara,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman.

Tambah Razarudin, Sanusi disiasat mengikut Seksyen 5(1) dan 26(1)(g) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Seksyen 5 berkait mengekalkan kerahsiaan pilihan raya manakala Seksyen 26 membabitkan pelbagai larangan ketika hari pengundian.

Terdahulu, media melaporkan Sanusi didakwa…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Faisal Asyraf