
PETALING JAYA: Taylor’s College memperkukuh kedudukannya sebagai institusi diyakini melalui pencapaian status ‘Platinum Approved Learning Partner’ Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) Global yang berprestij.
Tahap pengiktirafan tertinggi daripada badan akreditasi akauntan profesional dunia ini disifatkan pencapaian penting dalam komitmen institusi pendidikan tinggi tersebut untuk menyediakan pendidikan perakaunan bertaraf dunia.
Selain mengukuhkan kedudukan Taylor’s College sebagai peneraju pendidikan berkualiti dalam komuniti ACCA, status itu memberikan pelajar akses lebih luas kepada sumber pembangunan profesional ACCA dan rangkaian global yang dapat memacu pertumbuhan kerjaya…