
KUALA LUMPUR: Tentera Darat Malaysia (TDM) mengesahkan dua anggotanya hilang semasa melakukan rondaan dalam operasi di Banding, Perak pada 30 Nov lepas.
TDM dalam kenyataan memaklumkan dalam kejadian itu, dua mangsa bersama tujuh anggota itu dipercayai dibawa arus dalam kejadian kepala air semasa melaksanakan rondaan berhampiran Sungai Merah di Permatang sempadan Malaysia–Thailand dalam Operasi Kota, Echo, Foxtrot Siri 6/2024 kira-kira 8 pagi.
Kenyataan itu memberitahu tujuh anggota terbabit ditemukan selamat pada 12.30 tengah hari pada hari kejadian, namun Mohd Afandi Jahwin daripada pasukan 21 Komando Kem Sungai Udang, Melaka dan Ahmad Zulhilmi Ahmad Tamizi daripada pasukan 22 Komando, Kem Iskandar Mersing, Johor dilaporkan hilang.
“Pada 1 Dis, kira-kira 6 petang, seorang daripada anggota…