
PETALING JAYA: Menteri Wilayah Persekutuan Shahidan Kassim bersedia memberi penjelasan terperinci mengenai isu tebatan banjir di ibu negara dan menyifatkan tindakan saman yang mahu diambil terhadap pihaknya berkaitan perkara itu sebagai hak masing-masing.
Beliau berkata, langkah tebatan banjir kilat di ibu negara telah menjalani prosedur pengauditan ditetapkan dengan sebahagian daripadanya sudah selesai, manakala yang lain sedang berjalan.
“Tapi, kalau nak minta hitam putih pakai surat peguam dan sebagainya, kita kena jawab ikut perundangan lah, ini melibatkan audit, audit akan buat teguran dan sebagainya.
“Sekiranya mereka nak saman juga sebab boleh pergi mahkamah dan nak publisiti, itu hak mereka, kalau nak minta penjelasan, boleh jumpa saya, esok boleh, malam ni pun boleh,” lapor…