Hot FM

Tebing sungai runtuh, kawasan bina LRA tenggelam


projek loji rawatan air runtuh
Tangkap layar menunjukkan tebing sungai runtuh sebelum air sungai menenggelamkan kawasan pembinaan projek loji rawatan air di Taman Mas Puchong, Sepang.

PETALING JAYA: Runtuhan tebing sungai menenggelamkan kawasan pembinaan projek loji rawatan air (LRA) sedalam 19m di Taman Mas Puchong, Sepang.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail, berkata sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya bersama lapan pegawai serta anggota bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada 4.14 petang tadi.

“Tiada mangsa dilaporkan terbabit dalam kejadian itu,” katanya menurut Harian Metro.

Beliau berkata, pasukan bomba meneruskan pemantauan di lokasi dan mengarahkan pihak pengurusan pembinaan menghentikan kerja pembinaan sementara.

Katanya, pihak pengurusan turut diminta memaklumkan kejadian itu kepada Majlis Perbandaran Sepang dan Jabatan Kerja Raya untuk memastikan kawasan runtuhan selamat bagi kerja pembinaan diteruskan.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version