
IPOH: Perdana Menteri Anwar Ibrahim percaya lebih ramai Ahli Parlimen pembangkang akan menyokong kerajaan perpaduan kerana hilang keyakinan terhadap parti mereka apabila perubahan kerajaan dijanjikan tidak berlaku.
Anwar berkata, mereka hanya dijanjikan dengan janji-janji palsu dengan pelbagai langkah “tebuk atap” yang nyata tidak menjadi kenyataan dan memainkan persepsi negatif termasuk isu perkauman.
“Mereka diberikan harapan, walaupun saya katakan atap ini bukan atap rumbia tetapi atap konkrit, mereka berpindah dari Dubai ke London dan mereka lupa atap konkrit jauh lebih tebal.
“Dan apabila terhakis harapan, orang-orang, Ahli Parlimen yang dijanjikan perubahan akan berlaku ini, seorang demi seorang akan meninggalkan parti mereka,” katanya dalam ucapan perasmian penutup di Konvensyen Kerajaan Perpaduan Perak.
Turut hadir Timbalan Perdana…