Site icon Hot FM

Tegur bakar sampah terbuka, warga emas cedera dipukul


Tular klip video di media sosial menunjukkan seorang pemuda memukul seorang wanita berusia 76 tahun selepas ditegur kerana membakar sampah secara terbuka di tanah mangsa.

PETALING JAYA: Seorang warga emas cedera di muka akibat dipukul oleh cucu jirannya gara-gara menegur pembakaran sampah secara terbuka di kawasan tanah mangsa di Tanjung Kling, Melaka, semalam.

Dalam kejadian 1.20 tengah hari semalam, wanita berusia 76 tahun itu pergi berjumpa dengan pemilik inap desa, yang juga jirannya, untuk menegur perbuatan cucu lelakinya berusia 26 tahun membakar sampah dalam kawasan tanah mangsa.

“Mangsa menegur tindakan suspek lelaki itu membakar sampah secara terbuka dalam kawasan tanahnya sehingga menyebabkan mangsa sesak nafas kerana menghidu asap yang banyak,” kata Ketua Polis Melaka Christopher Patit, lapor Bernama.

Tindakan itu mencetuskan pertengkaran mulut antara mangsa dengan suspek sebelum pemuda berkenaan meluru ke arah mangsa dan menumbuk bahagian mukanya beberapa…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version