
PETALING JAYA: Noor Shamera Hassan tahu beliau akan berdepan situasi sukar apabila membuat kenyataan umum mengenai orang Islam yang mempersoalkan status halal makanan sumbangan orang bukan Islam kepada mangsa banjir.
Namun itu tidak mematahkan semangatnya.
Dalam klip video berdurasi 90 saat yang dimuat naik di media sosial, beliau menegur mereka yang disifatkannya mengamalkan dwistandard apabila rakyat hanya ingin meneruskan hidup selepas terjejas akibat banjir besar minggu lalu.
Beliau kelihatan beremosi dalam video berkenaan dan menyeru agar orang ramai agar berfikir secara rasional.
Video itu menjadi tular di media sosial dan tanpa disangkanya, menerima ribuan komen positif daripada orang Islam sendiri.
“Semestinya ada orang Islam lain yang menegur saya mengenai kuasa atau hak saya (bercakap) mengenai persoalan halal dan haram. Namun saya tidak putus asa kerana saya sentiasa…