
Siasatan kes kematian seorang guru di sebuah sekolah di Hulu Selangor hujung bulan lepas antara lain melihat kepada pelbagai aspek termasuk tekanan.
Ketua Polis Selangor Shazeli Kahar berkata, pihaknya telah merakam percakapan pelbagai individu termasuk rakan sekerja wanita itu untuk membantu siasatan.
“Rakaman percakapan telah diambil melibatkan pelbagai individu, termasuk rakan sekerja si mati sebab kita nak tahu apa punca.
“Sebagaimana yang saya katakan kes belum selesai, dan masih ramai yang perlu dipanggil untuk kita dapatkan pengesahan,” katanya pada sidang media Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Selangor di Shah Alam, lapor Bernama.
Sebelum ini, seorang guru wanita ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di sebuah sekolah di Hulu Selangor pada 31 Julai lepas…