
PETALING JAYA: Wanita yang ditahan kerana menekup bayi lelakinya berusia 18 bulan menggunakan bantal dalam kejadian di sebuah kondominium di Cyberjaya, dekat sini, akan didakwa di Mahkamah Sepang esok.
Ketua Polis Sepang, Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, kertas siasatan sudah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya Selangor Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin di Pejabat Setiausaha Kerajaan Selangor, Shah Alam.
Suspek berusia 20 tahun yang juga seorang kerani di sebuah syarikat swasta itu akan dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
“Suami wanita itu yang dalam proses perceraian dibebaskan kerana tiada kaitan dalam kejadian manakala teman lelakinya dijadikan saksi pendakwaan.
“Hasil pemeriksaan mendapati, ada pendarahan di kedua-dua belah anak mata berkemungkinan disebabkan penderaan terhadap mangsa sehingga menyebabkannya berada dalam keadaan…