Filem animasi popular, Ejen Ali The Movie 2 kembali menghangatkan industri perfileman selepas lima tahun ‘menghilang’ gara-gara isu pandemik yang melanda negara sekitar tahun 2020 lalu.
Walaupun filem tersebut belum siap sepenuhnya dan masih dalam fasa pembikinan, Ketua Pegawai Eksekutif Wau Animation Studio, Muhammad Usamah Zaid Yasin berkata, kos filem Ejen Ali The Movie 2 menelan belanja lebih besar berbanding filem pertama yang ditayangkan pada lima tahun lalu.
βKami mula penghasilan filem ini awal tahun lalu. Anggaran bajet untuk menyiapkan filem kedua ini sebanyak RM10 juta.
βKos ini lebih tinggi berbanding filem pertama pada 2019 iaitu sbeanyak RM6.5 juta.
βBanyak perkara yang mempengaruhi bajet kali ini, dari segi situasi ekonomi dan kos tenaga kerja serta kos tambahan lain,β katanya.

Usamah berkongsi mengenai perkara itu usai sesi pelancaran Malaysia Digital Content Festival 2024 X My Digital Maker 2024 Fair dan Misi: First Look Ejen Ali The Movie 2 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, pada Jumaat.

Dan, apa yang menariknya kali ini, filem tersebut tampil dengan kelainan dan pembaharuan dari segi jalan cerita (storyline) beserta watak yang ada dalam Ejen Ali The Movie 2.
βDari segi proses awal, sekarang kami dah masuk 50 peratus. Tapi kami masih dalam proses persiapan tahap akhir.
βSekarang ni kerja kami bercampur, ada babak yang dah siap dari segi animasi, ada yang masih berada pada peringkat susunan.
“Kami akan cuba membuat pembaharuan penceritaan dan watak-watak sedia ada. Dan untuk filem ini, kami juga akan perkenal watak baharu yang tak pernah ada sebelum ini.
“Dari segi kelainan, tentunya kami akan tambah baik banyak perkara termasuk kualiti visual. Seperti yang dapat dilihat dari video teaser ada perbezaan pada perincian rambut Ali,β jelasnya.

Sekadar info, filem Ejen Ali: The Movie 2 ini dijangka bakal menemui penonton pada tahun 2025.