

Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi mendakwa terdapat cubaan untuk mengintip beliau menerusi serangan perisian pengintip atau ‘mercenary spyware’ pada telefon pintar miliknya.
Onn Hafiz berkata beliau baru menerima notifikasi amaran daripada syarikat Apple berhubung cubaan serangan perisian pengintip itu terhadap telefon pintar yang dikaitkan dengan akaun peribadinya.
“Saya memandang serius perkara ini kerana ia melibatkan keselamatan data, kerahsiaan komunikasi, hak peribadi serta cubaan menceroboh terhadap ruang peribadi.
“Saya mengecam sekeras-kerasnya sebarang bentuk pengintipan, pencerobohan digital dan penyalahgunaan teknologi untuk tujuan yang tidak bertanggungjawab,” katanya dalam satu kenyataan.
Katanya, beliau akan membuat laporan polis dan mengemukakan aduan rasmi kepada Suruhanjaya Komunikasi dan…