Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Telegram sedia kerjasama banteras kes jenayah di aplikasi, kata Fahmi

today19 June 2023

Background


Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil sebelum ini memberi amaran tindakan menanti Telegram jika abai undangan kementerian.

PETALING JAYA: Telegram bersedia memberi komitmen dan kerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta polis dalam membanteras kegiatan jenayah di platform tersebut, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.

“Saya mengalu-alukan kerjasama dengan Telegram untuk membendung jenayah yang berlaku di aplikasi berkenaan. Terlalu banyak kes jenayah seperti penipuan pelaburan palsu, pedofilia, pornografi dan jenayah dalam talian lain berlaku di Telegram.

“Sejak Januari 2020 hingga Mei 2023, jumlah kerugian yang ditanggung oleh rakyat Malaysia akibat pelbagai aktiviti penipuan menerusi Telegram mencecah RM45 juta,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, pandangan tegas berhubung peri penting pihak Telegram serta mana-mana aplikasi pemesejan atau media sosial untuk sentiasa akur dan patuh kepada undang-undang disampaikan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post

Sukan

Shah Firdaus terdesak mahukan basikal baharu

Kuala Lumpur: Pelumba basikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom memerlukan basikal baharu dengan segera selepas kedua-dua basikal yang dimilikinya tidak dapat digunakan lagi kerana terbabit dalam tiga kemalangan ketika menyertai beberapa kejohanan tahun ini.

today19 June 2023