
PUTRAJAYA: Telegram dan Tencent (WeChat) telah memulakan proses pelesenan yang diperlukan untuk beroperasi di Malaysia, menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Suruhanjaya itu memaklumkan, kedua-dua penyedia perkhidmatan pesanan Internet itu dijangka memenuhi syarat yang diperlukan untuk beroperasi di Malaysia dalam masa terdekat.
“SKMM memuji komitmen Telegram dan Tencent untuk mematuhi keperluan pelesenan tersebut,” menurutnya dalam kenyataan.
Suruhanjaya itu turut menyeru semua penyedia perkhidmatan yang memenuhi syarat pelesenan agar segera mengemukakan permohonan sebelum tarikh akhir pada 31 Dis ini.
Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan tindakan pengawalseliaan diambil, katanya.
“SKMM juga komited untuk memberikan sokongan yang diperlukan kepada semua penyedia…