Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Tendang ibu sampai cedera kepala, lelaki ditahan

today16 February 2025

Background


handcuff
Polis Tawau menahan seorang lelaki berusia 20-an selepas menerima aduan perbuatan suspek daripada bapanya. (Gambar Rawpixel)

PETALING JAYA: Anak lelaki berusia 20-an tergamak menendang ibunya sehingga cedera di kepala, dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Melur, Tawau.

Insiden itu berlaku selepas lelaki berkenaan berselisih faham dengan bapa dengan suspek kemudian bertindak agresif ke atas wanita itu.

Ketua Polis Tawau Jasmin Hussin, berkata perbuatan suspek itu dilapor bapanya kepada polis bagi tindakan.

“Beliau kemudian tampil di balai polis bagi membuat laporan.

“Bertindak atas laporan polis tersebut, sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) IPD Tawau telah menjalankan operasi bagi mengesan dan menahan suspek bertempat di kawasan letak kenderaan Hospital Besar Tawau,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, suspek dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 323/326A Kanun Keseksaan.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post