Pelantikan itu dibuat semasa mesyuarat pertama Umno negeri itu semalam, selepas pemilihan parti selesai 18 Mac lalu.

SHAH ALAM: Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Zafrul Aziz dilantik sebagai bendahari Umno Selangor.
Umno Selangor dalam kenyataan memaklumkan ketuanya Megat Zulkarnain Omardin turut melantik Abdul Mutalif Abdul Rahim sebagai setiausaha Umno negeri dan Mohd Zaidi Md Zain sebagai ketua penerangan Umno negeri.
Pelantikan itu dibuat semasa mesyuarat pertama Umno negeri itu semalam, selepas pemilihan parti selesai pada 18 Mac lalu.
Mesyuarat itu juga mengambil ketetapan iaitu Umno Selangor akan terus mendukung kerajaan perpaduan dan komited memastikan keutuhan kerjasama dalam kerajaan demi kestabilan negara.
Menurut kenyataan itu, Umno Selangor mengambil maklum perjalanan Sekretariat Kerajaan Perpaduan Malaysia dan akan mewujudkan Jawatankuasa…