
KUALA LUMPUR: Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tengku Zafrul Aziz mengadakan pertemuan dengan delegasi Dewan Perdagangan dan Industri Jepun, Malaysia (Jactim) serta Konsortium Syarikat Pertengahan Malaysia (MCMTC), hari ini.
Beliau berkata, ia bertujuan memastikan Malaysia kekal sebagai destinasi pelaburan utama di Asia Tenggara dan berdaya saing untuk menyokong rantaian bekalan serantau dan global.
“Semoga perjumpaan sebegini dapat memberi kemaslahatan ekonomi dan mengekalkan momentum pertumbuhan kita, sementelahan persekitaran global dijangka lebih mencabar pada tahun depan,” katanya menerusi catatan di laman Twitter rasmi, @tzafrul_aziz.
Sebelum ini, beliau juga bertemu dengan pihak Dewan Perniagaan Amerika…