Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

“Tengok Bentuk Perut Dah Tau Tu Baby Apa” – Peminat Teka Emma Maembong Bakal Dapat Baby Girl

today28 February 2023

Background

Selepas berkongsi berita gembira mengenai kehamilannya kepada peminat, pelakon Emma Maembong sekali lagi mencuri perhatian selepas berkongsi beberapa foto terkininya di Instagram.

Berdasarkan foto-foto tersebut, Emma kelihatan menggayakan baju dan tas tangan jenama mewah antarabangsa, Christian Dior sambil memakai gaun.

Bagaimanapun, busana yang dipakainya itu jelas menunjukkan bentuk baby bumpnya yang semakin membesar.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by EmmaMaembong (@emma_maembongofficial)

 

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan-rakan selebriti seperti Mira Filzah, Nad Zainal, Mawar Rashid dan ramai lagi teruja melihat perubahan Emma sekaligus menyifatkan pelakon ini tetap cantik dalam apa jua persalinan yang dipakainya.

Malah ada yang berpendapat, jantina bayi dalam kandungan Emma adalah perempuan berdasarkan melihat kepada bentuk baby bumpnya.

Terdahulu, Emma tampil memberi kejutan kepada suaminya, Muhammad Shazli Azhar dengan membuat video review produk sebelum mengetahui kit ujian kehamilan berada di dalam kotak tersebut.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by EmmaMaembong (@emma_maembongofficial)

 

Written by: Salma