Hot FM

Tentera kesan dadah di pangkalan udara, 5 pegawai ditahan


Kementah mengumumkan tindakan tegas terhadap pegawai terbukti terlibat atau bersubahat susulan penemuan dadah di Pangkalan Udara Subang. (Gambar Instagram)
PETALING JAYA:

Lima pegawai tentera udara ditahan susulan penemuan dadah di Pangkalan Udara Subang ketika pemeriksaan rutin terhadap bagasi yang akan dimasukkan ke dalam pesawat tentera.

Polis menahan pegawai-pegawai disyaki terlibat itu selepas mengesahkan bahan yang ditemukan petugas tentera adalah dadah berbahaya.

“Lima bagasi dan sebuah kotak telah disita sebagai bahan bukti,” kata Kementerian Pertahanan (Kementah) dalam kenyataan, berhubung kejadian pada 17 Nov itu.

Katanya, pemeriksaan dan penguatkuasaan dalaman akan terus dipergiatkan bagi memastikan angkatan tentera kekal bebas daripada kegiatan dadah.

Katanya lagi, tentera udara akan memberikan kerjasama penuh kepada polis, dan Kementah tidak akan berkompromi terhadap sebarang kegiatan jenayah.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pegawai terbukti…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version