
PETALING JAYA: Tentera laut akan menerima lima unit kapal tempur pesisir (LCS), bukannya enam, dalam projek bernilai RM9 bilion yang diselubungi kontroversi itu, kata Panglima Tentera Laut Abdul Rahman Ayob.
Menurut Bernama, Abdul Rahman berkata, pengurangan bilangan kapal LCS daripada enam kepada lima unit itu telah dipersetujui selepas permohonan meneruskan projek itu dibincangkan semula oleh kerajaan.
Pada 5 Jan, Menteri Pertahanan Mohamad Hasan berkata, kerajaan perpaduan akan meneruskan projek LCS sebagai sebahagian daripada pengukuhan pertahanan tentera laut dan negara.
Projek LCS itu, dikatakan sebagai perolehan pertahanan terbesar dalam sejarah negara, diteliti tahun lepas selepas Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mendedahkan bahawa tidak ada satu kapal pun telah disiapkan walaupun…