
PETALING JAYA: Kerajaan digesa menerapkan kursus pengurusan kewangan seawal sekolah rendah bagi membolehkan generasi akan datang memiliki kemahiran menguruskan perbelanjaan dan simpanan mereka.
Aimi Zulhazmi dari Universiti Kuala Lumpur berkata, ketika ini golongan muda bawah usia belia juga terdedah pembelian dalam talian, yang berpotensi menyebabkan mereka terperangkap beban kewangan pada masa akan datang lebih-lebih lagi melalui perkhidmatan beli dahulu bayar kemudian (BNPL).

“Mereka mesti memahami kaedah pengurusan kewangan seperti merancang perbelanjaan, menyimpan, melabur dengan baik, umpama melentur buluh biarlah dari rebung.
“Ini bukan sahaja ke arah menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi pada 2030, tetapi sekali gus cuba menaik taraf mentaliti rakyat menjadi warga bertaraf dunia,” katanya kepada…