
KUALA LUMPUR: Tiada wakil Malaysia mara ke separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Singapura 2024 apabila kesemua wakil negara tersingkir di suku akhir hari ini.
Ia selepas beregu campuran negara Chen Tan Jie-Toh Ee Wei yang pertama terkandas apabila ditumpaskan pilihan keempat kejohanan dari Korea Selatan, Seo Seung Jae-Chae Yu Jung 14-21, 18-21 pada aksi di Stadium Tertutup Singapura hari ini.
Turut menerima nasib sama beregu lelaki negara Goh Sze Fei-Nur Izzudin Rumsani yang disingkirkan gandingan China He Ji Ting-Ren Xiang Yu 16-21, 21-19, 17-21 dalam satu lagi aksi suku akhir.
Pemain perseorangan lelaki negara Leong Jun Hao turut kempunan untuk mara ke separuh akhir selepas dibelasah pemain nombor satu dunia Viktor Axelsen 11-21, 12-21.
Turut menambah duka…