Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

“Terdesak Sangat Ke?” – Julia Farhana Dedah Suami Pernah Kena Goda Depan Mata Sendiri

today17 January 2025

Background

Pelakon, Julia Farhana mendedahkan kejadian seorang wanita didakwa cuba mengoda suaminya, Dr Mohammad Che Hafiz dihadapan matanya sendiri.

Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs), wanita tersebut dianggap tiada akal fikiran kerana terlalu fokus berborak dengan Che Hafiz sehingga mengabaikan kewujudan Julia disamping suaminya itu.

“Saya pernah dalam situasi dimana ada seorang wanita datang kepada suami saya, berborak dengan Hafiz dan langsung abaikan kewujudan saya di sebelahnya.

“Saya tak berminat untuk ada perbualan dengan awak, dan sudah jelas suami saya pun jawab sepatah-sepatah. Common sense?,” katanya.

Bagaimanapun, Julia turut menjelaskan dia dan suami tidak selesa dengan keadaan tersebut, sekali gus meluahkan rasa syukur dan yakin bahawa suaminya tidak akan berlaku curang terhadapnya.

“Kami tak selesa. Jangan ganggu kami, jangan ganggu dia. Suami saya dah terang-terang tak nak bercakap dengan awak.

“Saya tak akan ada masalah melibatkan suami saya sebab dia seorang yang sangat menjaga bataas. Alhamdulillah, saya tak pernah risau.

“Tapi perempuan ya ampun… perempuan…. terdesak sangat ke?,” tulisnya.

Sekadar info, Julia dan Che Hafiz berkahwin pada 14 Disember 2022.

Sebelum ini, Hafiz pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon dan penyanyi, Lufya Omar pada 26 November 2016, namun mereka sah bercerai pada 17 Jun 2020.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Laana Haura, 7 tahun.

Artikel Berkaitan:  Kena Warning Aib Suami Akan Disebarkan, Julia Farhana Tampil Mohon Maaf Pada Lufya Omar – “Saya Hanya Cakap Pasal…”

Written by: Aqilah