Ketika ini, kemelut rumah tangga Syamsul Yusof dan isterinya Puteri Sarah yang dikaitkan dengan gangguan orang ketiga iaitu Ira Kazar menjadi bualan ramai.
Berikutan itu, tular di media sosial klip video sesi temubual Pak Nil bersama Syamsul Yusof dalam rancangan ‘Hard to Heart’ dimana Pak Nil selitkan soalan perihal kemelut rumah tangga Syamsul dan juga bertanyakan siapa Ira Kazar.
@nadqaseh_bb sedih gile jawapan yang dia bagi 😔#syamsulyusof #irakazar #fyppdong #trendingfyp #trendingtiktokviral
@kaymon_boy Siapa ira kazar bagi anda semua #irakazar #syamsulyusof #puterisarahliyana #curang #sadvibes🥀 #trending #viralmalaysia
Menerusi video terbabit, Syamsul dilihat tidak menjawab satu pun soalan daripada Pak Nil berkenaan hal tersebut dan memilih untuk mengunci mulutnya. Tindakan Syamsul yang tidak menjawab soalan itu menimbulkan rasa kurang senang dan kecewa dalam kalangan netizen.
Segelintir netizen berpendapat bahawa tindakan berdiam diri Syamsul sebenarnya adalah ‘jawapan’ dan sepatutnya Syamsul memberikan jawapan agar tidak menimbulkan spekulasi lain.
Terdahulu, Puteri Sarah telah memfailkan satu tindakan undang-undang dan dua aduan di pejabat agama terhadap Ira Kazar yang juga anak kepada pelakon veteran Kazar.
Malah, pihak mahkamah mengekalkan perintah interima injuksi kepada Ira Kazar dimana tidak boleh mengganggu Puteri Sarah dan dianggap menghina keputusan mahkamah sekiranya gagal berbuat demikian.