Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Terengganu terima pelaburan RM2.4 bilion setakat Mac

today24 March 2024

Background


Menteri Besar Ahmad Samsuri Mokhtar berkata nilai pelaburan itu mewakili 57% daripada RM4.2 bilion sasaran pelaburan ditetapkan ECERDC untuk Terengganu tahun ini. (Gambar Facebook)

KUALA NERUS: Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) berjaya merealisasikan pelaburan bernilai RM2.4 bilion di Terengganu setakat Mac ini.

Menteri Besar, Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata pelaburan itu termasuk dalam bidang pembuatan besi dan keluli, penanaman napier, kilang pulpa dan bekas makanan yang membuka 5,000 peluang pekerjaan untuk rakyat tempatan.