
KUALA NERUS: Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) berjaya merealisasikan pelaburan bernilai RM2.4 bilion di Terengganu setakat Mac ini.
Menteri Besar, Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata pelaburan itu termasuk dalam bidang pembuatan besi dan keluli, penanaman napier, kilang pulpa dan bekas makanan yang membuka 5,000 peluang pekerjaan untuk rakyat tempatan.
Beliau berkata, nilai pelaburan itu mewakili 57% daripada RM4.2 bilion sasaran pelaburan ditetapkan ECERDC untuk Terengganu tahun ini.
“ECERDC juga berjaya menarik pelaburan komited baharu bernilai RM1.02 bilion dalam sektor minyak, gas dan petrokimia (RM940 juta), perkhidmatan (RM50 juta), pelancongan (RM20 juta) dan pembuatan (RM10 juta) setakat Mac ini.
“Sebanyak 65% melibatkan pelaburan langsung asing (FDI) dengan pelaburan…