
Seorang Ahli Parlimen menggesa kerajaan menjelaskan sama ada wujud rancangan atau hala tuju untuk menamatkan penswastaan industri padi dan beras yang kini dikendalikan Padiberas Nasional Berhad (Bernas).
Teresa Kok (PH-Seputeh) mempersoalkan rasional kerajaan menswastakan Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) pada 1994, sambil menyifatkannya sebagai antara agensi kerajaan yang diserahkan sepenuhnya kepada syarikat swasta.
“Saya tidak faham apakah rasional kerajaan menswastakan LPN pada 1994. Nampaknya ini satu-satunya lembaga atau agensi kerajaan yang diswastakan kepada syarikat swasta.
“Apakah kementerian mempunyai rancangan ataupun ‘road map’ untuk menyahkan penswastaan padi di bawah Bernas?” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Kawalan Padi dan Beras (Pindaan) 2026 di Dewan Rakyat.
Dalam perbahasannya, Kok turut…