
PETALING JAYA: Dua pekerja dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh akibat sesak nafas selepas terhidu gas ammonia bocor di sebuah kilang ais di Persiaran Industri Rapat, dekat Simpang Pulai.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Sayani Saidon, berkata seorang wanita berusia 33 tahun dan seorang lelaki berusia 25 tahun yang juga pekerja kilang bersebelahan mendapatkan rawatan sekitar 8.40 pagi tadi.
Katanya, dua mangsa yang dirawat di zon kuning Jabatan Kecemasan hospital itu kini dalam keadaan stabil.
“Kejadian ini berpunca daripada paip saluran gas ammonia mengalami kebocoran dan baunya dapat dihidu dalam jarak 30 hingga 90m.
“Pasukan khas bahan kimia berbahaya (Hazmat) mengenal pasti kebocoran itu dan melakukan ‘water curtain’ bagi menyejukkan bahan itu dan mengelakkan…