Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Terima Banyak Friend Request Di Instagram, Suami Puteri Aishah Pentingkan Privasi

today17 August 2022

Background

Pelakon Puteri Aishah mendedahkan suaminya, Muhammad Firdaus, 29, bertalu-talu menerima β€˜friend request’ di media sosial lebih-lebih lagi di Instagram.

Memetik laporan Harian Metro, Puteri atau nama sebenar Puteri Aishah Sulaiman memberitahu suaminya terkejut apabila ada peminat menghantar mesej dan mendesaknya untuk segera approve permintaan untuk jadi kawan.

β€œSebenarnya sejak bernikah, sudah terlalu ramai cuba ikuti akaunnya walaupun ia ditetapkan private. Suami kata, pertama kali telefon bimbitnya mati mengejut disebabkan terima terlalu banyak notifikasi.

β€œTapi dia tak approve kerana dia memang pentingkan privasi. Kadang-kadang hantaran saya pun dia suruh padam kerana tak suka terdedah sangat dalam media sosial.

β€œKalau anda follow dia pun, hantaran terakhirnya adalah sewaktu kami kahwin. Kalau sebelum kahwin, hantaran terakhirnya pada 2018. Bayangkan dia memang tak update pun,” katanya.

Menurut pelakon filem Pulang itu, suaminya seorang yang peramah jika bertemu secara peribadi.

β€œDia okey saja dan friendly kalau jumpa depan-depan, cuma di media sosial saja dia tidak berapa mesra. Sampai dia buka inbox, dia kata orang paksa dia approve.

β€œDia pelik orang DM (mesej langsung) marahkan dia suruh dan cakap susah sangatkah dia nak approve. Saya cakap perkara itu normal sebab saya pun sudah terbiasa,” ujarnya.

Puteri Aishah, 28, melangsungkan majlis pernikahan dengan ahli perniagaan, Muhammad Firdaus, 29, pada 21 November 2021.

Sumber: Harian Metro

Written by: Aqilah


Previous post