Imbas untuk muat turun aplikasi

Inspirasi

Terima Banyak Mesej Nak Minta Bantuan, Pinn Yang Cadang Mungkin Mahu Buka Yayasan

today8 August 2024

Background


Ketika ditemui di sidang media TikTok Awards 2024, Pinn Yang yang juga merupakan CEO Good Foodie Media, memberitahu oleh kerana terlalu banyak mendapat mesej memerlukan bantuan, dia ada bercadang mahu membuka yayasan sendiri supaya boleh membantu lebih ramai insan yang memerlukan.

Namun, tambahnya dalam pada ramai yang betul-betul memerlukan bantuan, ada juga yang mengambil kesempatan.

“Ada yang mesej saya minta bantuan seperti nak beli susu anak, untuk pendidikan dan sebagainya. Saya bagi je bantuan tapi tak dinafikan, ada juga segelintir individu yang mengambil kesempatan dengan menggunakan beberapa nombor telefon berbeza.

“Jadi saya rasa mungkin saya boleh buat yayasan untuk tolong orang, biar organisasi atau komuniti yang bagi bantuan tu. Saya memang tak boleh tolong semua orang, terlalu banyak.

“Saya kena naikkan bisnes saya lagi, bila dapat keuntungan saya boleh berkongsi dengan ramai orang,”
katanya.

Pinn Yang juga merupakan CEO kepada rangkaian Good Foodie Media…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Nany Rahman


Previous post