Suspek disyaki menerima habuan ribuan ringgit daripada pemilik syarikat pada 2021 dan 2022.

PETALING JAYA: Seorang pegawai perkhidmatan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menerima habuan ribuan ringgit daripada seorang pemilik syarikat pada 2021 hingga 2022.
Penahanan suspek berusia 20-an dipercayai ada kaitan dengan tindakannya menerima habuan sebagai dorongan meluluskan permohonan bayaran insentif pengambilan pekerja di bawah program Pelan Jana Semula Ekonomi (Penjana) bernilai RM1.3 juta.
Menurut sumber, suspek lelaki itu dipercayai ditahan di ibu pejabat SPRM, Putrajaya, 4 petang tadi ketika diminta hadir memberikan keterangan.
Sumber berkata, suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut menerusi seorang lelaki yang bertindak sebagai orang tengah kepada pemilik syarikat tersebut.
Sementara itu,…