Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Terima Hinaan Gara-Gara Isu P*lestin, Ning Baizura Terguris Hati – “Saya Juga Manusia, Ada Hati”

today21 May 2024

Background

Penyanyi sensasi, Ning Baizura mengaku kesal dengan kecaman netizen terhadapnya sehingga digelar ‘tone deaf” dan memalukan apabila didakwa tidak prihatin mengenai isu yang berlaku di Palestin.

Menurut pemilik nama sebenar, Ning Baizura Sheikh Hamzah, 48, sebagai manusia dia juga mempunyai hati serta perasaan, dan apa yang lebih mengguris hatinya adalah tatkala netizen mengaitkan keluarganya dalam perkara itu, memetik laporan Scoop.

Tegasnya sebagai seorang yang sangat menitik beratkan kesihatan mental, netizen terlalu cepat menjatuhkan hukum tanpa mengetahui perkara sebenar tentang apa yang berlaku.

“Kita menghukum seseorang sebelum you even find out the whole story or the whole picture.  So, bagi saya kesihatan mental saya adalah paling utama.. it’s okay alhamdulillah… Tuhan has give me so much azimat. Kalau dulu, banyak lagi perkara yang lebih ‘havoc’ berlaku daripada sekarang ni.

“Jadi untuk saya, saya rasa apa yang berlaku makes me stronger. Itu sebab saya macam chill, digest dulu apa yang berlaku, tunggu… tak payah nak cepat melatah. it’s not like the end of the world. Mungkin apa yang saya cakap tu terlalu mengguris hati beberapa pihak tanpa mengetahui apa sebenarnya yang berlaku. So, you have to listen to two side of story,” ulasnya ketika ditemu bual menerusi sebuah portal hiburan popular.

Dalam pada itu, Ning juga mendedahakn tuduhan dan kritikan yang diberikan netizen terhadapnya sebagai tidak masuk akal.

Ini kerana, ada individu yang sanggup mengkritik keluarganya dan menuduhnya sebagai kristian gara-gara khilafnya sebelum ini.

Justeru, dia menegaskan bahawa tidak mustahil untuk dia menyekat individu tersebut menerusi platform media sosialnya.

“Bagi saya apa yang berlaku saya lihat sedikit mengarut with whole the comments sebagai contoh antara komen yang saya dapat adalah, ‘kau ni bodoh sangat ke sampai tak tahu’ bagi saya it’s like okay that is judging. Termasuklah ada yang mengkritik keluarga saya, suami saya sehinggakan ada yang menuduh saya sebagai kristian, itu semua tidak masuk akal.

“Menurut saya, daripada satu perkara kecil dia menjadi lebih besar. Jadi bagi saya untuk mengelak daripada ibu dan anak saya lihat perkara negatif seperti itu adalah tidak mustahil untuk saya terus block sahaja. Bagi saya, it’s not good for my mental health and i don’t wanna read it,” jelasnya.

Terdahulu, sepotong video pendek tular di platform X menunjukkan pelantun lagu Awan Yang Terpilu itu mempersoalkan siapakah itu ‘All Eyes On Rafah’ sekaligus mengundang rasa kurang senang dalam kalangan netizen.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Scoopdotmy (@scoopdotmy)

 

Sumber: Scoopdotmy

Written by: Salma