Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Terima kasih Ayer Kuning, kata Umno selepas raih majoriti selesa

today26 April 2025

Background


YUSRI BAKIR PRK AYER KUNING
Calon BN Yusri Bakir mendahului persaingan PRK Ayer Kuning.
PETALING JAYA:

Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Saleh, mengucapkan terima kasih kepada pengundi Ayer Kuning selepas kiraan tidak rasmi menyatakan Barisan Nasional raih majoriti selesa.

“Terima kasih kepada semua pengundi dan kepada semua jentera yang telah memenangkan BN,” katanya di Facebook.

Menurut pusat media BN, Yusri Bakir berada di hadapan dengan kelebihan 4,812 undi selepas semua 67 saluran dikira.

Yusri peroleh 10,971 undi berbanding 6,159 yang diraih Abd Muhaimin Malek dari Perikatan Nasional.

Penjumlahan undi bermula selepas 19 pusat pengundian ditutup petang tadi. Pengundian awal dilakukan pada Selasa.

Seramai 31,897 pengundi dalam daftar pemilih PRK Ayer Kuning, yang diadakan susulan kematian Ishsam Shahruddin pada 22 Feb.

BN mempertahankan Ayer Kuning sejak ia diwujudkan pada 1986.

Pada PRU 2022, Ishsam Shahruddin mempertahankan kerusi tersebut dengan kelebihan 2,213 undi dalam pertandingan lima penjuru,…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post