Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Terima kasih beri peluang BN di Selangor, Zahid beritahu Anwar

today7 July 2023

Background


Zahid Hamidi berkata jentera BN akan memastikan gabungan kerajaan perpaduan.

Ahmad Zahid menyuarakan keyakinan BN akan menjadi sebahagian kerajaan Selangor selepas PRN.

BANGI: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Zahid Hamidi berterima kasih dengan rakan sejawatnya dari Pakatan Harapan (PH) Anwar Ibrahim yang memberi peluang kepada komponennya bertanding beberapa kerusi di Selangor.

Zahid yang juga salah seroang daripada timbalan perdana menteri berkata jentera BN berazam akan memastikan kemenangan gabungan kerajaan perpaduan untuk terus mentadbir Selangor.

“Ya, kami pernah menjadi musuh. Apa yang Anwar tak kata pada saya, dan apa yang saya tak kata pada Anwar…itu cerita lama. Kita tinggalkannya dan buka buku baharu.

“Pada 29 Julai, kita akan mencalonkan calon kita. Saya ingin berterima kasih kepada Anwar dan PH kerana beri peluang kepada BN di Selangor,” katanya berucap pada Jelajah Perpaduan Madani dan Pelancaran Jentera Perpaduan malam tadi.

Presiden Umno itu turut…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Joel Shasitiran


Previous post