Pelakon, Puteri Balqis secara terbuka menzahirkan penghargaan kepada aktres dan usahawan, Nur Fazura.
Puteri Balqis atau lebih mesra disapa sebagai Aqish, 18, mengakui hatinya tidak pernah berpaling daripada mempercayai Fazura.
“Kak Faz (panggilan Fazura), terima kasih. Hati Aqish tak pernah berbelah bahagi bersama Kak Faz. Peluk dari jauh,” katanya ketika membalas komen aktres filem popular Manisnya Cinta Di Cappadocia.
Dalam ruangan komen hantaran tersebut, Fazura memberi pesanan kepada Aqish untuk yakin bahawa Allah ada membantu orang-orang yang teraniaya.
“Love you, Allah ada,” katanya ringkas.

Sejak kebelakangan ini, nama Aqish hangat menjadi sebutan ramai di media sosial selepas dia mendakwa menjadi mangsa buli aktres, Mia Sara Nasuha, selain didakwa pernah difitnah dan diperangkap oleh individu sama.
Keadaan menjadi semakin tegang apabila Aqish menuntut Mia untuk segera memohon maaf kepadanya termasuk ibunya, Norashikin.
Bagaimanapun, Mia sehingga kini masih mendiamkan diri meskipun pelbagai dakwaan liar berkaitannya tular di media sosial.
Artikel Berkaitan: “Yang Makan D*dah, Minum Ar*k, Gugurkan Anak Bukan Aku, 100 Peratus Kau!,” – Puteri Balqis Gesa Mia Sara Mohon Maaf
Artikel Berkaitan: Bapa Tiri Puteri Balqis Naik Angin, Dakwa Mia Sara Terlibat Gejala Sosial – “Sebab Mulut Kau, Aku Hampir Hilang Nyawa Isteri!”
Artikel Berkaitan: “Kami Diam Bertahun, Kau Ingat Aku Lupa?” – Puteri Balqis Akhirnya Bersuara, Dakwa Difitnah & Diperangkap Mia Sara