Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

“Terima Kasih Untuk 35 Tahun”- Padam Semua Foto Instagram, Ella Beri Bayangan Berhenti Menyanyi?

today3 March 2023

Background

Perkongsian terkini, ratu rock legenda Ella Aminuddin mencuri perhatian ramai seolah-olah memberi bayangan dirinya akan ‘berehat’ daripada industri nyanyian.

Ella memuat naik sebuah hantaran di Instagram miliknya dengan kapsyen yang mencetuskan 1001 persoalan pengikutnya di Instagram.

“Terima kasih untuk 35 tahun,” tulisnya berlatarbelakangkan warna hitam.

Bukan itu sahaja, Ella atau nama sebenarnya Nor Zila Hj Aminuddin bahkan memadam semua hantaran-hantaran di Instagram miliknya dan hanya meninggalkan status terbaharunya itu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mempersoalkan tindakan pelantun lagu popular Sembilu itu.

Ramai dalam kalangan mereka meluahkan rasa risau dan namun tetap memberi sokongan kepada penyanyi rock kegemaran tanah air atas apapun keputusan yang bakal dibuat olehnya.

Bagaimanapun, sehingga kini masih tiada sebarang respons daripada pihak Ella sendiri.

Written by: Aqilah


Previous post