Site icon Hot FM

Terima Mesej Tak Senonoh, Ara Johari Tertekan

ara hot

Penyanyi, Ara Johari meluahkan rasa syukur apabila dia tidak pernah menerima sebarang mesej berbaur lucah atau gangguan seksual daripada golongan wanita di media sosial.

Meskipun begitu, Ara atau nama lengkapnya, Nurfarrah Izzatie Johari mengakui sehingga kini masih trauma dengan insiden tangannya dicium seorang lelaki selepas membuat persembahan di Nilai, tahun lalu.

“Setakat ini, syukur saya belum pernah lagi terima DM (mesej secara peribadi) yang tidak senonoh daripada golongan wanita di media sosial melainkan kebanyakannya adalah pengikut lelaki.

“Mereka (pengikut lelaki) itu bukan saja menghantar mesej tidak senonoh, tetapi ada juga saya terima gambar-gambar tidak elok yang buatkan saya rasa ‘stress’ juga,” katanya

Sementara itu, Ara turut mengakui dia sudah ‘biasa’ menerima mesej tidak senonoh di media sosial, malah perkara berkenaan membuatkan dirinya lebih berhati-hati sebelum membuat perkongsian.

“Sebenarnya, ramai saja artis wanita lain yang mungkin terkena macam apa saya pernah dapat itu (mesej tak senonoh), tapi saya kini sangat berhati-hati apabila membuat perkongsian di media sosial.

“Kalau nak buat ‘posting’ (hantaran) di media sosial pun, saya elakkan memberi maklumat terperinci seperti acara disertai itu, lokasinya dan masa berlangsung,” katanya menyifatkan penting menjaga keselamatan diri sendiri.

Kini tampil dengan imej lebih feminin, pelantun lagu popular Bunga itu mempersoalkan tindakan segelintir lelaki yang menganggunya dengan menghantar mesej lucah.

“Apabila saya tukar penampilan diri yang mungkin nampak lebih feminin ini, bukanlah sebagai satu sebab untuk tidak menerima lagi mesej tidak senonoh itu. Terus-terang, saya tetap ada menerimanya (mesej) sebab mungkin nafsu lelaki sebegitu.

“Malah, saya pun tak tahulah kenapa mereka (pengikut lelaki di media sosial) macam ‘berselera’ sangat dengan saya untuk diganggu,” katanya.

Artikel Berkaitan: Imej Bertudung Jadi Perhatian, Ara Johari Akui Selesa – “Saya Masih Berusaha, Doa Yang Baik-Baik”

Artikel Berkaitan: Empat Kali Dijangkiti Covid-19, Ara Johari Dedah Senang Hilang Suara Gara-Gara… – “Saya Kini Banyak Berpantang”

Sumber/Kredit foto: Harian Metro

Exit mobile version