PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pengarah pihak berkuasa tempatan (PBT) kerana dipercayai meminta dan menerima rasuah dari kontraktor untuk meluluskan ubah suai bangunan.
Sumber berkata, suapan itu sebagai balasan untuk mempercepat dan meluluskan permohonan pengubahsuaian bangunan tanpa melalui prosedur yang ditetapkan PBT di Selangor.
“Suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut antara 2019 hingga 2024 dan meminta dan menerima wang rasuah sebanyak RM20,000.
“Transaksi tersebut juga dipercayai dimasukkan melalui akaun peribadinya daripada kontraktor-kontraktor yang terlibat,” kata sumber itu.
Katanya, suspek lelaki yang berusia 40-an ditahan kira-kira 6 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor.
Menurutnya, Mahkamah Majistret Shah Alam membenarkan suspek…