Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Terima suapan berkait tender RM1.6juta, pengarah fasiliti universiti direman 7 hari

today20 September 2022

Background



Perintah reman bermula hari ini hingga Isnin depan itu dikeluarkan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

MELAKA: Seorang pengarah bahagian pengurusan fasiliti universiti awam di sini direman tujuh hari atas dakwaan menerima suapan.

Lelaki berusia dalam lingkungan 50an itu tiba dengan berpakaian lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berwarna jingga di Mahkamah Majistret di sini kira-kira 9 pagi.

Perintah reman yang bermula hari ini hingga Isnin depan dikeluarkan Majistret Mazana Sinin bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Semalam, Pengarah SPRM Melaka Mohd Shahril Che Saad dilaporkan berkata, lelaki itu ditahan pada kira-kira 3 petang ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM.

Lelaki itu ditahan atas dakwaan menerima satu suapan harta alih iaitu sebuah kenderaan jenis Honda Accord 2.4 i-vtec yang dianggarkan bernilai RM174,500 daripada seorang pemilik…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post