
KUALA TERENGGANU: Suri rumah kerugian RM125,491 selepas ditipu syarikat pelaburan emas murah.
Ketua Polis Terengganu Mohd Khairi Khairudin, berkata mangsa berusia 30 tahun mula menyertai pelaburan pakej emas murah ‘Sarah Gold Enterprise’, pada Ogos 2021 setelah diperkenalkan kakak iparnya.
Beliau berkata, mangsa kemudiannya mendaftar sebagai ejen dan membuat pembayaran ke akaun syarikat berkenaan menerusi transaksi dalam talian menggunakan nama kakak iparnya.
“Pada mulanya urus niaga berjalan dengan baik. Bagaimanapun, bermula September tahun lepas, mangsa tidak lagi menerima emas yang dibeli pelanggan dan bayaran keuntungan untuk diagihkan kepada ejen-ejen di bawahnya.
“Hasil perbincangan, pengasas Sarah Gold Enterprise bersetuju untuk membuat bayaran balik modal jual beli…