
PETALING JAYA: Seorang pesara kerugian lebih RM500,000 selepas terpedaya dengan tawaran menarik pelaburan tidak wujud melalui dalam talian.
Ketua Polis Seremban, Mohamad Hatta Che Din, berkata mangsa melakukan transaksi sebanyak 16 kali sejak 10 Disember hingga Januari lalu sebelum membuat laporan polis, semalam.
“Polis menerima satu laporan berkait dengan modus operandi sindiket penipuan pelaburan tidak wujud secara dalam talian yang membabitkan kerugian berjumlah RM512,200.
“Mangsa seorang wanita iaitu pesara pengurus di sebuah syarikat swasta,” katanya dalam satu kenyataan hari ini, menurut Berita Harian.
Beliau berkata, mangsa sebelum itu berurusan dengan seorang individu tidak dikenali di WhatsApp dan menyertai pelaburan berkenaan dengan melakukan pindahan wang.
“Mangsa memindahkan wang miliknya sendiri bermula dari 10…
