Riki Ranaldi dan Haji Samirudin mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di depan Majistret, Azureen Sahari Sauffee Afandi.

PETALING JAYA: Mahkamah Majistret Kulai menjatuhkan hukuman penjara lapan bulan terhadap dua warga Indonesia yang melarikan diri ketika dalam perjalanan dari Mahkamah Sesyen Kota Tinggi ke Penjara Ledang Selasa lalu.
Sinar Harian melaporkan Riki Ranaldi, 40, dan Haji Samirudin, 36, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di depan Majistret, Azureen Sahari Sauffee Afandi.
Mengikut pertuduhan, dua lelaki itu sengaja melarikan diri daripada jagaan Maritim Malaysia di Jalan Felda Inas menghala ke Sengkang, Kulai pada 10.50 pagi 11 April lalu, selepas mereka ditahan atas kesalahan mengikut Seksyen 56(1A)(a) Akta Imigresen…
