Pengarah urusan Metrowealth International Group (MIG), David Teo tampil memberikan respons mengenai dakwaan bahawa rumah aktor, Farid Kamil bakal dilelong 22 Januari ini.
Kata David, dia terkilan jika berita lelongan itu adalah benar memandangkan dia adalah individu yang menghadiahkan rumah tersebut kepada Farid.
Tambahnya, walaupun hubungannya bersama aktor itu rapat, namun mereka tidak pernah berbincang mengenai isu peribadi sekaligus tidak tahu jika Farid mengalami masalah kewangan.
Bahkan, David menegaskan dia sanggup membeli rumah tersebut dan memberikan jumlah kutipan kepada rakannya itu.
“Kalau Farid ada masalah, sepatutnya dia beritahu saya. Mungkin saya boleh beli rumah ini daripadanya.
“Rugilah rumah ini terpaksa dilelong kerana nilainya sudah dua kali ganda berbanding ketika dibeli kira-kira 10 tahun lalu.
“Saya sanggup beli daripada Farid dan berikan jumlah yang dimahukan. Kemudian mungkin saya boleh jual semula rumah ini.
“Tetapi, sekarang sudah tak boleh buat apa-apa sebab rumah bakal dilelong,” katanya kepada pemberita.
Berkongsi lanjut, David membayar wang pendahuluan untuk kira-kira 30 kakitangan sebagai hadiah berikutan kecemerlangan kutipan filem terbitan MIG 10 tahun lalu.
Terdahulu, iklan lelongan harta tertera nama Farid Kamil Zahari tular.
Kediaman seluas 1,760 kaki persegi itu difahamkan bakal dilelong pada harga permulaan RM522,000.
ARTIKEL BERKAITAN:Rumah Didakwa Milik Farid Kamil Dilelong Lebih RM500,000?
ARTIKEL BERKAITAN:“Bila Rindu Isteri & Anak-Anak Saya Istighfar Banyak-Banyak” – Farid Kamil
ARTIKEL BERKAITAN:Diana Danielle Minta Dilepaskan, Janji Gugurkan Tuntutan Nafkah Tertunggak Farid Kamil
ARTIKEL BERKAITAN:“Perasaan Cinta Tak Boleh Dijual Beli” – Tekad Enggan Lafaz Cerai, Farid Kamil Yakin Hanya Dia Mampu Menyayangi & Menjaga Diana Danielle
ARTIKEL BERKAITAN:Meluru Keluar Pekarangan Mahkamah, Diana Danielle Seakan ‘Dingin’, Diam Membisu Selepas Fail Cerai Terhadap Farid Kamil
Sumber: Berita Harian