Pelawak dan pelakon, Amir Raja Lawak kesal dengan tindakan pempengaruh yang dikenali sebagai Ustaz Tido, atau nama sebenarnya Khailil Razak yang didakwa ‘menunggang’ kisah peribadinya.
Kata Amir, pada awalnya pempengaruh berkenaan menawarkan kerjasama untuk melakukan sesi siaran langsung di TikTok namun, Ustaz Tido bertindak memasukkan pautan jualan miliknya dalam hantaran tersebut seolah-olah cuba mengambil kesempatan terhadap kesusahan yang dialaminya.
“Saya malas nak post sebenarnya, sebab akan bantu engangement dia yang mana dia akan buat live si penunggang ni.
“Mula-mula dia offer saya untuk buat live dengan dia. Tapi dalam posting dah siap letak link berniaga. Bukankah dia tunggang kesusahan saya dengan buat posting pertanyaan sambil berniaga?
“Patut dekat sini dia dah bayar saya tau. Saya nak minta dia delete pun, dia dah post. Cukup-cukuplah malukan title ustaz,” katanya.

Dalam pada itu, Amir turut mendedahkan beberapa bukti berupa tangkap layar perbualan WhatsApp antara dirinya dengan Ustaz Tido.



Terdahulu, Amir bertindak menggesa stesen televisyen (TV) untuk menjelaskan bayaran terunggak berjumlah RM18,000 tanpa ansuran miliknya.
Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Amir atau nama lengkapnya, Mohammad Amirullah Azmi, memerlukan wang tersebut bagi membiayai kos rawatan bapanya yang kini menghidap kanser usus sebanyak RM18,000.
ARTIKEL BERKAITAN:Bapa Hidap Kanser Usus, Amir Raja Lawak Gesa Stesen TV Segera Bayar RM18,000!
ARTIKEL BERKAITAN:Amir Raja Lawak Nasihat Mamat Sepah, Tegur Tindakan Menyampuk Ustaz Syamsul Debat – “Jangan Terlalu Selesa…”