Keputusan rasmi itu diumumkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Abdul Ghani Salleh pada 9.42 malam di Menara Persekutuan.
BN berjaya memenangi 21 daripada 28 kerusi DUN yang dipertandingkan dalam PRN Melaka setakat ini.
Antara kerusi DUN yang dimenangi oleh BN adalah seperti berikut:
– Taboh Naning
– Ayer Limau
– Tanjung Bidara
– Lendu
– Merlimau
– Durian Tunggal
– Duyong
– Rembia
– Asahan
– Kuala Linggi
– Kelebang
– Telok Mas
– Sungai Rambai
– Gadek
– Pantai Kundor
– Machap Jaya
– Rim
– Serkam
– Ayer Molek
– Paya Rumput
– Pengkalan Batu
Keputusan itu menyaksikan BN menambah lapan kerusi, berbanding 13 kerusi yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).