Site icon Hot FM

TERKINI: Bukan Sahaja Diarah Berpatah Balik, Tetapi Akan Dikompaun Di Lokasi Sekatan Jalan Raya

Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah menetapkan bahawa sesiapa yang cuba untuk pulang ke kampung atau merentas negeri bukan sahaja akan diarah berpatah balik sebaliknya akan dikenakan kompaun di lokasi sekatan jalanraya itu sendiri mulai 21 Mei 2020.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara tersebut dilakukan selepas lebih 30,000 individu masih ingkar dengan melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

“Pergerakan rentas negeri tidak dibenarkan sama sekali,” tegasnya

Menurutnya juga sebuah balai polis di Kuantan pada 20 Mei telah menerima pelawat seramai 1,300 orang yang ingin mengisi borang bagi memohon pulang ke kampung.

Berita lanjut menyusul..

Exit mobile version